Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kanak-Kanak Ditemui Lemas Dalam Kolam Tadahan Air

Gambar hiasan via Bernama

MERSING, 1 Dis (Bernama) – Dua kanak-kanak ditemui lemas di lombong di Kampung Sisik, Tanjung Resang petang semalam. Kedua-dua mangsa berusia 4 dan juga 10 tahun.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) EndauPenolong Penguasa Bomba, Mohd Alias Hussin berkata, pihak mereka menerima panggil tentang kejadian tersebut pada jam 6:16 petang semalam . Seramai lapan anggota mereka dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi pencarian dua kanak-kanak itu dijalankan di permukaan lombong sebelum mangsa dijumpai oleh salah seorang bapa mangsa pada jarak kira-kira empat kaki dari tebing tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Mersing oleh anggota tentera dan operasi ditamatkan pada jam 7:28 malam tadi.

Sumber: Bernama