Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 4 Petang

Dua Kawasan Di Sarawak
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 4 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 325.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (309).

Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Samarahan (287), Sarikei (256), Sibu (248), Sri Aman (247) dan Mukah (205).

Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Bintulu, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 192, diikuti Kapit, Sarawak (190), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (178), Keningau, Sabah (175) dan Kota Kinabalu, Sabah (173).

Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Labuan (173), Samalaju, Sarawak (172), Kimanis, Sabah (171), ILP Miri, Sarawak (170), Limbang, Sarawak (169), Miri, Sarawak (166), Johan Setia, Selangor (159), Putrajaya (151), Nilai, Negeri Sembilan (151), Sandakan, Sabah (136) dan Seremban, Negeri Sembilan (109).

Sementara itu, sebanyak 45 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Intipati
  • IPD Serian mencatat IPU tertinggi 325, diikuti Kuching dengan bacaan 309.
  • Lima kawasan Sarawak merekodkan IPU sangat tidak sihat, termasuk Samarahan, Sarikei dan Sibu.
  • Sebanyak 16 stesen mencatat IPU tidak sihat, manakala 45 lagi berada tahap sederhana.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan