Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kedai Kopi Malaysia Tersenarai Dalam 100 Kedai Kopi Terbaik Dunia 2026

Sofea
Dua Kedai Kopi Malaysia
Gambar: ImageFX

Dua Kedai Kopi Malaysia Tersenarai Dalam 100 Kedai Kopi Terbaik Dunia 2026

Kopi menjadi salah satu minuman yang sangat digemari oleh kebanyakan orang di dunia. Bahkan, sejak beberapa tahun lalu kedai kopi tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Di Malaysia sendiri, banyak kedai kopi dibuka tidak kira di bandar mahupun di luar bandar.

Untuk pengetahuan, dua buah kedai kopi di Malaysia telah tersenarai dalam 100 Kedai Kopi Terbaik Dunia 2026.

Menerusi The World’s 100 Best Coffee Shops di Instagram, kedai kopi Story of Ono menduduki tempat kelapan dan Coffee Stain di tempat ke-84.

Tempat pertama pula berjaya dihuni oleh kedai kopi di Amerika Syarikat, Onyx Coffee Lab.

Kredit: IG The World’s 100 Best Coffee Shops
Kredit: IG The World’s 100 Best Coffee Shops

Senarai ini dinilai berdasarkan kualiti kopi, kemahiran barista, khidmat pelanggan, inovasi, amalan kelestarian, kualiti makanan dan pastri serta konsistensi.

"Dengan menerapkan kriteria ini secara teliti, kami berhasrat untuk membentangkan panduan muktamad kepada kedai kopi terbaik di seluruh dunia, meraikan mereka yang cemerlang dalam setiap aspek pengalaman kopi," kata The World’s 100 Best Coffee Shops di laman web mereka.

Undian bagi 100 kedai kopi terbaik itu melibatkan orang awam iaitu peminat kopi seluruh dunia secara dalam talian. Selain itu panel pakar kopi juga akan menilai kedai-kedai kopi tersebut.