Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Kereta Api Bertembung, 155 Penumpang Dilapor Cedera

Farah Nabilah
Kredit Gambar: Twitter @aidaperezz__/@David_focus86

Dua Kereta Api Bertembung, 155 Penumpang Dilapor Cedera

SEPANYOL – Sekurang-kurangnya 155 mangsa dilapor cedera selepas dua kereta api bertembung di Barcelona pada pagi Rabu.

Memetik laporan BBC, nahas tersebut berlaku sekitar 7.50 pagi waktu tempatan di sebuah stesen di wilayah Catalonia timur laut Sepanyol.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta api merempuh belakang kereta api yang lain di stesen Montcada i Reixac iaitu sebuah bandar di utara Barcelona.

Gambar: Twitter @aidaperezz__

Menurut pegawai perkhidmatan kecemasan, 155 orang dilapor cedera dalam insiden tersebut dan 14 penumpang telah dipindahkan ke pusat perubatan tempatan untuk rawatan lanjut.

“Terdapat banyak lebam dan beberapa kecederaan di kepala, namun tiada perkara serius dilaporkan,” kata pihaknya.

Gambar: Twitter @David_focus86

Ekoran kejadian itu, 18 unit perubatan turut dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk membantu penumpang yang cedera.

Gambar: Twitter @David_focus86

Laluan trafik kereta api yang terganggu akibat kemalangan itu turut digantung di kedua-dua arah.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang berkata dia turut mengalami rasa hentakan yang kuat dan penumpang di sekitarnya masing-masing dilihat sedang menjerit ketakutan.

Seorang penumpang lain turut menceritakan bahawa dia dapat melihat kesan darah pada mangsa lain.

Gambar: Twitter @josepjorge

Menteri Pengangkutan Sepanyol, Raquel Sánchez berkata beliau bakal memantau dengan teliti keadaan yang berlaku dan mendoakan supaya mangsa yang terlibat akan pulih dengan segera.

Bagaimanapun, siasatan masih lagi sedang dijalankan oleh pihak polis untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Sumber: BBC, Daily Mail