Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Maut Tertimbus Runtuhan Tanah, Konkrit
Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di tapak pembinaan Elmina Ridge, Petaling Jaya, pada pagi Isnin.
Akibatnya, dua pekerja tapak pembinaan warga Bangladesh disahkan maut akibat tertimbus.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan berkaitan insiden kira-kira jam 10.29 pagi.
Menurut beliau, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong kemudiannya segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Insiden tersebut melibatkan dua lelaki yang tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit dengan kedalaman kira-kira 0.3 meter.


“Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan longkang.
“Mangsa pertama berjaya dibawa keluar pada jam 11.12 pagi, manakala mangsa kedua dibawa keluar pada jam 11.35 pagi,” katanya pada Isnin.
Sebelum ini, kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong, Selangor, dilanda kejadian runtuhan tebing sungai yang menyebabkan kawasan tersebut tenggelam hingga sedalam 19 meter.
Walau bagaimanapun, selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.14 petang, pihak bomba mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.
BACA: Kesal ‘Tidak Diurus’, Suami Nekad Bunuh Isteri Dengan Kejam
BACA: Mayat Lelaki Dengan Kesan Terbakar Ditemukan Di Arau
BACA: Taufan Yagi: Angka Kematian Di Vietnam Meningkat Kepada 9 Orang
Sumber: Sinar Harian