Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Pelumba Supersport Maut

Iqbal Yasir
Pelumba Supersport Maut
Gambar: TNI Sport

Dua Pelumba Supersport Maut

LIVERPOOL — Dua pelumba motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Kejohanan Supersport British di Litar Oulton Park.

Mangsa yang maut dikenali Owen Jenner, 21, dari England dan Shane Richardson, 29, dari New Zealand.

Kedua-dua mereka maut dalam insiden melibatkan 11 penunggang pada pusingan pertama perlumbaan, sejurus selepas selekoh pertama.

Menurut kenyataan rasmi Motorsport Vision Racing (MSVR), yang mengendalikan operasi di Oulton Park, Jenner meninggal dunia akibat kecederaan kepala parah selepas menerima rawatan di pusat perubatan litar.

Richardson pula meninggal dunia sebelum tiba di Hospital Universiti Royal Stoke akibat kecederaan serius di bahagian dada.

Seorang lagi penunggang, Tom Tunstall, 47, turut mengalami kecederaan belakang dan abdomen yang serius dan kini dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu, lima penunggang lain hanya cedera ringan dan tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

MSVR dan Lembaga Kawalan Perlumbaan Motosikal kini menjalankan siasatan menyeluruh bersama Pejabat Koroner dan Polis Cheshire bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: ABC News

BACA: Trent Alexander-Arnold Sah Tinggalkan Liverpool, Bakal Ke Real Madrid

BACA: United Belasah Athletic Bilbao, Sebelah Kaki Ke Final Liga Europa

BACA: Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids Dijangka Berlaku Tengah Malam Ini – MYSA