Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Tonggak Wings, Black & Eddie Umum Pengunduran Serta-Merta

Black & Eddie Umum Pengunduran
Kredit: Astro Awani

Dua Tonggak Wings, Black & Eddie Umum Pengunduran Serta-Merta

Dua anggota kumpulan rock terkenal, Wings, iaitu Azmi Hashim (Black Wings) dan Samsaidi Ulong Idris (Eddie Wings) mengumumkan pengunduran diri mereka daripada kumpulan berkenaan yang berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat secara rasmi hari ini menerusi satu kenyataan bersama, sekali gus menandakan penamatan perjalanan muzik mereka bersama kumpulan legenda rock tanah air itu.

Menurut kenyataan itu, mereka juga tidak akan turut serta dalam sebarang penganjuran konsert kumpulan tersebut termasuk yang dijadualkan berlangsung pada November dan Disember ini.

“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam ‘Konsert WINGS 40 Tahun Celebration’ yang dijadual berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura nanti,” kata mereka.

Setakat ini, Black dan Eddie tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca pengunduran. Susulan pengumuman dibuat, kumpulan Wings kini hanya dianggotai Awie (vokalis), Syam (gitar) dan Edrie (gitar).

BACA: Kapal Bawa Sukarelawan FFC x TTMG Dijangka Tiba Di Pelabuhan Ashdod Dalam Tempoh 11 Jam
BACA: Pempengaruh Ditemui Mati Dalam Keadaan Mencurigakan Di Kawasan Gunung