Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
dun kedah dijangka bubas jun
Kredit: FB Muhammad Sanusi

DUN Kedah Dijangka Bubar Selepas 18 Jun – Muhammad Sanusi

Nurhanis

ALOR SETAR, 1 Feb (Bernama) — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan selepas pertengahan Jun depan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Muhammad Sanusi berkata beberapa faktor termasuk bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri, tempoh ibadah haji serta sambutan Aidiladha menyebabkan pihaknya berpandangan DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.

“Seperti saya pernah sebut, bulan tiga (Mac) dengan bulan empat (April) puasa dan raya… lepas tu orang pergi haji (kena) tunggu orang balik (dari) haji, (dan) yang penting di Kedah ini pada 18 Jun ada (sambutan) keputeraan Tuanku Sultan Kedah, lepas itu baru boleh buat apa yang patut,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditanya pemberita mengenai jangkaan tarikh pembubaran DUN Kedah bagi membolehkan PRN diadakan, selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Kedah di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata PAS telah membuat keputusan untuk menentukan sendiri tarikh pembubaran DUN di tiga negeri yang ditadbir iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu tanpa melibatkan perbincangan dengan tiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata beliau berharap negeri-negeri ditadbir PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dapat membubarkan DUN masing-masing bersama tiga negeri PAS supaya PRN serentak di kesemua negeri dapat diadakan.

“Perbincangan secara tidak rasmi dengan negeri lain ada, macam saya tanya Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun), bukan dia sengaja nak bubar DUN pada Mei tetapi 1 Jun DUN terbubar sendiri.

“Jadi mahu tidak mahu dia kena bubar pada bulan Mei atau selewat-lewatnya 31 Mei. Jadi kalau nak disekalikan PRN kena buat dalam tempoh 60 hari, jadi negeri-negeri lain dalam tempoh itulah antara 1 Jun hingga 31 Julai. Secara tak rasminya macam itulah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pendapatan Kedah Tidak Terjejas Dengan Penutupan Premis Perjudian – Sanusi