Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dunia Perlukan 50 Juta Guru Tambahan Menjelang 2030 - UNESCO

50 juta guru tambahan
Kredit: UNESCO

Dunia dijangka memerlukan tambahan 50 juta guru menjelang 2030 bagi memenuhi keperluan pendidikan global, menurut mesej bersama sempena sambutan Hari Guru Sedunia yang dikeluarkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), semalam, lapor Xinhua.

Dunia perlukan 50 juta guru tambahan

Menurut mesej bersama UNESCO, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Education International, daripada jumlah itu, 44 juta guru diperlukan bagi mencapai pendidikan rendah dan menengah sejagat, manakala enam juta lagi diperlukan untuk pendidikan prasekolah.

Mesej berkenaan turut menekankan kepentingan melindungi dan meningkatkan status profesion perguruan.

Ia menyatakan bahawa usaha merekrut guru baharu sama penting dengan mengekalkan guru berpengalaman, selain memastikan profesion itu menawarkan laluan kerjaya yang menarik, berbaloi dan mampan.

Pada masa sama, peluang kepada guru wanita untuk memegang jawatan kepimpinan dalam bidang pendidikan turut perlu diperluaskan.

Hari Guru Sedunia disambut setiap tahun pada 5 Oktober bagi menghargai sumbangan guru di seluruh dunia.

Sambutan itu turut memperingati ulang tahun ke-60 penerimaan Recommendation concerning the Status of Teachers yang menetapkan garis panduan berkaitan hak dan tanggungjawab guru, selain piawaian mengenai latihan awal dan pendidikan lanjutan guru, pengambilan serta pekerjaan, serta keadaan pengajaran dan pembelajaran.

Sumber:Xinhua
Intipati
  • Dunia dijangka memerlukan tambahan 50 juta guru menjelang 2030, menurut mesej UNESCO.
  • Sebanyak 44 juta guru diperlukan bagi pendidikan rendah dan menengah sejagat.
  • Mesej itu menekankan perlindungan status profesion serta laluan kerjaya guru yang mampan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan