Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu

e.MAS 7 Tambat Hati Orang Ramai Dalam Penampilan Pertamanya di Perarakan Merdeka

Azmil

SUBANG JAYA, 2, September 2024 – PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, memperkenalkan model e.MAS 7 dalam sebuah kontingen khas yang terdiri daripada 25 buah kereta, menampilkan pelbagai model PROTON terkini dan yang bersejarah. Proton e.MAS 7 dipamerkan dalam corak pelekat pembalut kereta khas yang mewakili warna pada Jalur Gemilang.

Sambutan Hari Kemerdekaan

Penampilan awam pertama Proton e.MAS 7 disambut dengan penuh keterujaan dan sorakan daripada ribuan penonton yang menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang diadakan di Putrajaya. Perjalanan Proton e.MAS 7 bermula apabila model EV pertama jenama ini telah dipratontonkan kepada media 2 Ogos lalu, menandakan sebuah permulaan perjalanan yang akan berakhir dengan pelancaran rasmi model Proton e.MAS 7 pada akhir tahun ini.

“Saya amat berbangga dengan penampilan Proton e.MAS 7 di Perarakan Hari Kemerdekaan ini, di mana ia benar-benar memikat hati dan perhatian orang ramai. Respons bersemangat daripada penonton menunjukkan sokongan jitu terhadap visi kami untuk mobiliti dan inovasi yang lestari. Melihat e.MAS 7 beraksi merupakan satu detik kebanggaan kepada negara, menunjukkan komitmen kami dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia. Penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan inovasi tetapi juga mengukuhkan hubungan antara jenama kami dengan rakyat Malaysia serta menjadikannya satu pencapaian yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan kami menuju masa depan yang lebih lestari,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Proton e.MAS Menambat Hati Rakyat Malaysia

Semasa perarakan berlangsung, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari. Respon yang menggalakan dari rakyat malaysia menunjukkan keterujaan dan kegembiraan mereka terhadap Proton EV yang baharu.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta untuk komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS. Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 melalui media sosial Proton e.MAS. Untuk menyertai kempen ini, ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Ikuti halaman rasmi kami “Proton e.MAS Cars” di Facebook atau “@protonemasofficial” di Instagram dan tekan butang like pada pos “Your Proton e.MAS 7 Dream”!

Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi untuk melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”

Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi pos ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka

Saksikan sorotan video Perarakan Kemerdekaan di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, sila baca Terma & Syarat di sini.