Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah kenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walau di mana ceruk sekalipun.
Bantuan yang dikirimkan tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan turun membantu.
Menerusi perkongsian terbaharu, kali ini Ebit Lew tampil meredah banjir untuk membantu kesemua mangsa di Kuala Lipis, Pahang.
Dua hari di Kuala Lipis
Ya Allah sayunya hati. Dah 2 hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari KL. Sampai sini banyak jalan putus.
Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.



Bawa seribu t-shirt dan telekung
Kami bawa 1000 t-shirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.
Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, TNB, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer.






Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk. Syukur dapat beri bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir. Bagi semangat dan doa.
Ya Allah selamatkan semua negeri yang banjir
Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya. Polis, JPAM,JKM, Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.
Semua berebut nak bergambar tadi. Semua kata tengok ustaz pun dah rasa tenang. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah negeri Pahang, Johor, dan semua negeri yang banjir – ebitlew.
Sumber: Ebit Lew
