Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Eco-Shop Raikan Ekspresi Diri Menerusi Seni Dengan Kempen Merdeka 'Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa'

RAIKAN

Eco-Shop Raikan Ekspresi Diri Menerusi Seni Dengan Kempen Merdeka 'Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa'

Eco-Shop, peruncit barangan keperluan rumah terkemuka di Malaysia, dengan bangga melancarkan ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’, sebuah kempen Merdeka yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Sempena sambutan Merdeka Malaysia yang ke-69, kempen ini menjemput rakyat Malaysia untuk menzahirkan kecintaan mereka terhadap tanah air menerusi kreativiti dan seni yang mencerminkan pelbagai kisah, tradisi serta pengalaman yang membentuk identiti rakyat Malaysia.

‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ berlandaskan kepercayaan bahawa seni ialah medium ekspresi diri yang cukup bermakna. Kempen ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka identiti masing-masing dan berkongsi perspektif yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa. Melaluinya, Eco-Shop berhasrat menyemarakkan kreativiti berinspirasikan Malaysia dalam kehidupan seharian menjadikan ekspresi seni sebahagian daripada kehidupan seharian.

“Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan erti Merdeka. Kami percaya bahawa seni mampu menghidupkan setiap ekspresi ini dan menjadikannya lebih mudah dinikmati oleh semua,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop.

Antara komponen utama kempen ini ialah kerjasama Eco-Shop dengan kolektif kreatif tempatan, Projek SembangSembang, yang menghasilkan rangkaian eksklusif barangan Merdeka edisi terhad dengan ilustrasi asli berinspirasikan budaya tempatan. Koleksi ini merangkumi tiga rekaan buku nota, sebuah beg guna semula dan satu pek pelekat dengan pelbagai rekaan unik, pada harga hanya RM2.60 setiap satu.

Berteraskan kisah, tradisi dan elemen budaya tempatan, koleksi ini memberikan sentuhan baharu kepada barangan kegunaan harian dengan menjadikannya cenderamata bermakna yang meraikan kreativiti serta warisan Malaysia.

“Menerusi kerjasama dengan Projek SembangSembang, kami mahu semangat Merdeka terus dirasai walaupun selepas sambutan berakhir dengan menerapkan karya seni asli berinspirasikan Malaysia pada barangan kegunaan harian yang meraikan kreativiti dan kekayaan budaya negara,” kata Jessica Ng.

Koleksi barangan Projek SembangSembang boleh didapati di semua cawangan Eco-Shop di seluruh negara mulai 1 Ogos 2026. Pelanggan turut boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan Merdeka seperti Jalur Gemilang, hiasan dan aksesori sambutan bagi membolehkan rakyat Malaysia di seluruh negara menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mudah tanpa membebankan perbelanjaan.

Selain koleksi eksklusif tersebut, semua cawangan Eco-Shop turut akan dihiasi dengan dekorasi dan paparan bertemakan Merdeka bagi menyemarakkan suasana sambutan, sekaligus mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih menarik dan bermakna sepanjang tempoh kempen.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia), dan XHS (eco-shop MY).

Intipati
  • Eco-Shop melancarkan kempen Merdeka ‘Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa’ di seluruh negara.
  • Kempen berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 September 2026 sempena Merdeka ke-69.
  • Koleksi edisi terhad bersama Projek SembangSembang dijual pada harga RM2.60 setiap satu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan