Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Secret Recipe Tawar Promo 'Buy 2 Free 1' Slice Cake 31 Ogos Ini

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-69, rangkaian kafe kek terbesar dan terkemuka di Malaysia, Secret Recipe, memberi satu lagi alasan buat rakyat Malaysia untuk berkumpul dan meraikan detik bersejarah ini bersama tawaran istimewa Beli 2, Percuma 1 Potong Kek pada 31 Ogos 2026.

Sama ada untuk sesi bersembang santai bersama rakan, meluangkan masa berkualiti dengan keluarga, atau sekadar mahu menikmati cake break, para pelanggan kini boleh menikmati lebih banyak pencuci mulut kegemaran sambil meraikan Hari Merdeka bersama-sama.

Tawaran khas Merdeka ini sah untuk makan di dalam kafe (dine-in) dan bawa pulang (takeaway) pada 31 Ogos 2026, bermula jam 12 tengah hari hingga 5 petang. Setiap pembelian mana-mana dua potong kek akan layak menerima potong kek ketiga secara percuma. Ini peluang emas untuk anda mix and match pelbagai perisa kegemaran.

Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh negara, kecuali di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Tawaran ini terpaksa untuk semua kategori potong kek, kecuali Brownies dan Chocolate Lava Cake.

Daripada variasi kek klasik hinggalah ke ciptaan kek yang kaya dengan rasa, pasti ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua. Kumpulkan insan tersayang, pilih kek kegemaran anda, dan raikan kemerdekaan dengan penuh kemanisan bersama Secret Recipe.

Terma & Syarat Tambahan:

  • Sah untuk semua kategori potong kek, sementara stok masih ada.

  • Potongan kek percuma mestilah bernilai sama atau lebih rendah daripada kek yang dibeli.

  • Terhad kepada maksimum 6 potong kek bagi setiap pelanggan dalam satu resit.

  • Tidak sah dengan mana-mana promosi, tawaran, set hidangan, diskaun bank, atau keistimewaan lain yang sedang berlangsung.

  • Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini, layari www.secretrecipe.com.my.