Secret Recipe memperkenalkan wajah baharu kepada salah satu pilihan kek yang digemari ramai menerusi Carrot Cake, yang kini hadir dalam saiz kek penuh 6 inci dengan hiasan lobak merah coklat 3D yang comel.
Lebih menarik, pelancaran itu turut diserikan dengan kolaborasi bersama artis tempatan BlueBean, yang menampilkan karakter comel dan uniknya pada helaian pelekat (sticker sheet) edisi terhad.
Menurut Pengurus Pemasaran Secret Recipe, Ryan Chung, kerjasama tersebut merupakan sebahagian daripada usaha jenama itu untuk menyokong bakat seni tempatan dan meraikan kreativiti anak Malaysia.
“Sebagai jenama Malaysia, kami komited untuk menyokong artis tempatan dan meraikan kreativiti tempatan. Gaya unik BlueBean memberikan sentuhan yang menyeronokkan kepada pelancaran Carrot Cake baharu ini,” katanya.
Carrot Cake berkenaan menampilkan kek span lobak merah yang lembut dengan taburan kacang walnut, dilapisi cream cheese frosting sebelum dihiasi serbuk biskut dan hiasan lobak merah coklat 3D.

Ia boleh dinikmati mengikut potongan atau dibeli sebagai kek penuh untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
BlueBean Bawa Sentuhan Comel Dan Unik
Kolaborasi tersebut turut mengetengahkan gaya khas artis dan ilustrator buku tempatan, Angela Wong, pengasas BlueBean Art Studio.
Dikenali menerusi karakter yang comel dan unik, karya BlueBean sebelum ini pernah digunakan dalam pelbagai kolaborasi termasuk animasi, video muzik, iklan dan acara.
Angela juga pernah menghasilkan buku bergambar pertamanya berjudul After You Left, You Left Me With A Gift, yang mengangkat kisah tentang pelbagai emosi selepas kehilangan seseorang.
Menurut Angela, kolaborasi bersama Secret Recipe memberinya peluang untuk membawa dunia BlueBean ke dalam sesuatu yang dekat dan dikenali ramai.
“Saya sangat teruja melihat karakter saya dibawa ke dalam bentuk baharu. Kolaborasi ini memberi peluang untuk menggabungkan dunia BlueBean yang penuh imaginasi dengan sesuatu yang sudah begitu dekat dengan masyarakat seperti kek Secret Recipe.
“Saya sangat seronok menghasilkan reka bentuk ini dan berharap ia dapat memberikan sedikit keceriaan tambahan kepada mereka yang menikmati Carrot Cake,” katanya.
Boleh Dapat Sticker Eksklusif BlueBean
Carrot Cake baharu itu mula ditawarkan di semua cawangan Secret Recipe di seluruh negara mulai 5 Oktober 2026.
Di Semenanjung Malaysia, kek berkenaan dijual pada harga RM13.50 sepotong atau RM98 untuk kek penuh, manakala harga di Langkawi ialah RM12.75 sepotong atau RM92.45 untuk kek penuh.

Lebih menarik, pelanggan yang membeli sama ada sepotong atau sebiji Carrot Cake turut berpeluang menerima helaian sticker eksklusif BlueBean.

Sticker berkenaan boleh didapati mulai 19 Oktober 2026, secara first come, first served dan tertakluk kepada stok yang masih ada.
Jadi, kalau anda peminat Carrot Cake atau karakter comel BlueBean, mungkin ini masa yang sesuai untuk cuba kek baharu Secret Recipe sambil membawa pulang sticker edisi terhad tersebut.
