Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Eko Patrio Menangis Rindu Kucing, Merayu Pada Perusuh Pulangkan Semula

Athirah
Eko Patrio Menangis Rindu Kucing
Kredit: style.tribunnews

Eko Patrio Menangis Rindu Kucing, Merayu Pada Perusuh Pulangkan Semula

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Eko Patrio baru-baru ini merayu kepada individu yang mengambil kucing peliharaan dari rumahnya agar memulangkan haiwan itu.

Tribunnews melaporkan bahawa seekor kucing peliharaan bernama ‘River’ telah dilarikan oleh orang ramai yang menyerbu rumahnya minggu lalu.

Dalam masa sama, beberapa momen bersama kucing itu turut dimuat naik di media sosial bagi meluahkan kerinduan terhadap haiwan kesayangannya.

“Saya rindukan awak River,” kata Eko menerusi IG Story beserta emoji menangis pada Selasa.

Menurut Tribunnews, beliau turut memuat naik semula maklumat daripada rakannya sebagai usaha untuk mengembalikan kucing tersebut.

“Sesiapa yang mengambil kucing Eko Patrio atau Uya Kuya (seorang lagi ahli DPR), tolong kembalikan segera,” kata satu hantaran lain yang dikongsikan semula oleh Eko.

Sehingga kini, Eko tidak menceritakan secara terperinci mengenai insiden penjarahan yang berlaku di rumahnya.

Kronologi kediaman Eko Satrio jadi sasaran penjarahan

Difahamkan, kediaman Eko Patrio di Jalan Karang Asem I, kawasan Kuningan, Jakarta, telah menjadi sasaran penjarahan oleh ratusan orang pada 30 Ogos lalu.

Salah seorang petugas keselamatan di kawasan tersebut berkongsi kronologi insiden mencemaskan itu yang berlaku dalam tiga gelombang.

“Pada malam itu, orang ramai sudah mula berkumpul kira-kira jam 9.00 malam

“Gelombang pertama menyerbu masuk kerana pertahanan TNI dan pihak keselamatan kami sangat terbatas kira-kira jam 10.00 malam. Jumlah mereka ratusan, memang tidak dapat dibendung,” katanya.

Tambah petugas keselamatan lagi, gelombang kedua yang semakin ganas berlaku kira-kira jam 11.35 malam pula.

Tribunnews melaporkan seluruh isi rumah Eko Patrio habis dijarah, bermula daripada barangan elektronik, perabot, haiwan peliharaan sehinggalah ke bahan dapur.”

“Semua barang yang ada dalam rumah itu habis diangkut, malah tiada yang ditinggal

“Sehingga jagung, sawi, rempah dapur, benda yang kecil-kecil pun mereka ambil. Tak ada yang tersisa,” jelasnya.

Sementara itu, gelombang ketiga berlaku kira-kira jam 2.30 pagi. Namun, kumpulan itu akhirnya berundur selepas wakil mereka memeriksa keadaan rumah dan mendapati semuanya sudah habis dijarah.

BACA: Lelaki Teruja Baju Popular Jepun Rupanya Dihasilkan Di ‘Negara’ Ini

Sumber: Tribunnews