Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Elakkan Membeli Dekat Tangga Atau Lif,” 40 Tips Ringkas Sebelum Membeli Rumah Yang Patut Tahu

Gambar: Brakpan Herald
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Memiliki rumah sendiri sememangnya impian bagi setiap orang. Apa tidaknya, sekiranya memiliki rumah sendiri, mereka boleh bebas untuk melakukan apa sahaja seperti pengubahsuaian mengikut citarasa.

Pun begitu, untuk membeli rumah bukanlah suatu perkara yang boleh difikirkan dengan mudah. Pelbagai aspek perlu diteliti bagi membeli sesebuah rumah itu.

Pada yang sudah biasa atau pernah berpengalaman pastinya sudah tidak menjadi masalah. Namun bagi yang pertama kali hendak membeli rumah, pasti akan timbul seribu satu persoalan.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Azizul Azli Ahmad ada berkongsikan tentang 40 tips ringkas sebelum membeli sesebuah rumah bagi memudahkan anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

40 TIPS RINGKAS BELI RUMAH

Saya pernah tulis dulu ini sebagai ulang kaji semula tatapan kita.

1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat

2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap

3. Beli yang berpotensi untuk disewakan

4. Beli, sewakan dan simpan

5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli

6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif

7. Jauhi Kawasan yang negatif

8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2

bilik air

9. Jika mampu, beli unit Corner Lot

10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni

11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu

12. Beli mengikut kemampuan atau bajet

13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi

14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu

berusia.

15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup

16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi

17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun

18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang

19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya

20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa

21. Hartanah yang orentasi matahari betul

22. Hartanah orentasi kiblat baik

23. Hartanah menghadap hijau dan air

24. Ruang siling yang tinggi

25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia

26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar

27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir

28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ ‘BLACK AREA’.

29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya

30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi

31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang

32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa

33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.

34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.

35. Jangan beli kerana emosi

36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.

37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.

38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama

39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita

40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.

Walau bagaimanapun, boleh dikatakan agak mustahil untuk mendapatkan rumah dengan mengikuti kesemua 100% tips yang diturunkan ini. Namun, sekiranya dapat 70% daripada tips yang diberikan sudah cukup baik.

Sumber: