Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika kita ingin anak-anak menjadi individu berguna, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik.
Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya.
Seorang anak tidak boleh memilih ibu bapa, tetapi ibu bapa boleh memilih cara mendidik peribadi si anak. Oleh itu, beruntunglah anak-anak yang mendapat ibu bapa yang boleh dijadikan teladan.
Kasihan sekali pada anak-anak yang lahir dalam keluarga negatif kerana perkembangan peribadinya pasti akan terpengaruh dengan suasana keliling.
Justeru, kita sebagai orang dewasa perlulah selalu bermuhasabah dan berusaha memperbaiki diri agar menjadi teladan buat si anak.
Baru-baru ini, seorang ayah berkongsi kiriman mengenai si anak yang mengajaknya mengutip sampah ketika waktu bermain. Jom baca kisahnya.
Elok dah sedia nak main masak-masak, balik anak dara ni ajak kutip sampah. Rajin pulak dia. Dah lama dok ajak dorang kutip tapi lepas esok, esok (bertangguh), sekali harini elok jer dia pergi periksa kawasan nak masuk taman, balik jer terus kacau ajak pergi settlekan. Nasib badan la.
Kan bagus jika masyarakat takut sampah-sampah bersepah sana sini seperti mana mereka takut hal dadah yang tular dan tersebar dalam suratkhabar 2, 3 hari ini.
Moga kisah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain di luar sana untuk mendidik anak-anak supaya pandai menjaga kebersihan bermula dari rumah dan taman permainan kerana ini merupakan perkara asas dalam kehidupan.
Semuanya bermula dari kita.
Sumber: Zulkhairi Man Zull
