Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Pelepasan Air Terkawal
Sumber: BERNAMA

Empangan Bakun Lakukan Pelepasan Air Terkawal Mulai Jumaat

Hannah

Empangan Bakun Lakukan Pelepasan Air Terkawal Mulai Jumaat

SIBU, 14 April (Bernama) — Sarawak Energy akan melaksanakan pelepasan air terkawal dari takungan air Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun bermula 18 April hingga 9 Mei ini sebagai sebahagian usaha rutin pengurusan airnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, syarikat itu memaklumkan pelepasan yang telah diluluskan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak itu bertujuan melindungi integriti empangan dan mengawal paras sungai susulan pengumpulan lebih 700 juta meter padu air.

“Orang awam telah dimaklumkan lebih awal menerusi pengumuman dan hantaran di media sosial. Walaupun paras air di hilir mungkin meningkat, pelepasan akan dikawal dengan teliti bagi meminimumkan kesan kepada masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sarawak Energy memaklumkan penduduk digesa untuk terus berwaspada terhadap kemungkinan berlaku perubahan arus air sungai.

Menurut kenyataan itu operasi bermusim ini merupakan amalan standard dan mencerminkan kecekapan pengurusan air oleh Sarawak Energy, yang disokong oleh sistem pengurusan pelepasan air dinamik yang diperkenalkan pada 2020.

Sistem itu membolehkan ramalan jangka panjang dan digunakan di loji hidroelektrik Bakun, Murum dan Batang Ai.

“Sarawak Energy memberi jaminan bahawa operasi dijalankan mengikut piawaian keselamatan dan alam sekitar antarabangsa, termasuk yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Empangan Besar Antarabangsa (ICOLD) dan Piawaian Kelestarian Hidroelektrik (HSS),” menurut kenyataan itu.

Orang awam digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui media sosial Sarawak Energy dan aplikasi SEB Cares.

BACA: Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan Hingga Malam Ini

BACA: Chery Malaysia Serahkan 50 Kenderaan Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

BACA: Lawatan Negara Presiden China: Akses Ke KLIA Terminal 2 Ditutup Sementara Pada 15 Dan 17 April

Sumber: BERNAMA