Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Anak Bilionair Indonesia Warisi Saham Bernilai RM12 Bilion Seorang

Empat Anak Bilionair
Michael Bambang Hartono | Gambar: AFP

Empat anak mendiang bilionair Indonesia, Michael Bambang Hartono dilapor mewarisi saham bernilai sekurang-kurangnya AS$2.93 bilion (RM12 bilion) seorang.

Memetik laporan Konteks.co.id, pembahagian harta warisan tersebut menjadi antara pewarisan harta terbesar di Asia sejak beberapa tahun lalu.

Michael Bambang Hartono yang meninggal dunia pada Mac 2026 mengawal lebih separuh saham Bank Central Asia (BCA) bersama adiknya, Robert Budi Hartono menerusi syarikat pegangan keluarga, PT Dwimuria Investama Andalan.

Berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada kerajaan, pegangan 49% milik Michael dalam Dwimuria kini dibahagikan sama rata kepada empat orang warisnya di mana setiap anak akan menerima kira-kira 12.25%.

Empat Anak Bilionair Indonesia Warisi RM12 bilion seorang

Menurut Konteks.co.id lagi, nilai saham Dwimuria dalam BCA yang sebelum ini dimiliki Michael mencecah sekurang-kurangnya AS$11.7 bilion setakat 11 Ogos 2026.

Oleh itu, empat warisnya bakal menerima bahagian masing-masing dengan nilai bersamaan sekurang-kurangnya AS$2.93 bilion (RM12 bilion).

Bagaimanapun, nilai tersebut masih belum mengambil kira pegangan keluarga dalam pelbagai sektor perniagaan termasuk perbankan, industri rokok, pusat beli-belah, perladangan serta pelbagai aset dan syarikat lain.

Keluarga Hartono kekal keluarga terkaya di Indonesia

Pewarisan harta itu meneruskan legasi kekayaan keluarga Hartono daripada generasi pengasas kepada generasi seterusnya.

Sementara itu, menurut Bloomberg Billionaires Index, jumlah kekayaan keluarga Hartono mencecah AS$28.6 bilion setakat 11 Ogos 2026 dan menjadikan Hartono adalah keluarga paling kaya di Indonesia.

Jumlah tersebut turut menjadikan pewarisan harta keluarga Hartono antara yang terbesar di Asia, malah melebihi kira-kira AS$10 bilion yang ditinggalkan taikun Singapura, Wee Cho Yaw kepada warisnya.

Wee Cho Yaw merupakan bekas pengerusi United Overseas Bank (UOB) dan antara tokoh perbankan terkenal di Singapura.

Untuk rekod, kekayaan keluarga Hartono mula berkembang dengan pesat selepas Michael dan Robert meneruskan serta mengembangkan perniagaan rokok jenama Djarum yang diwarisi daripada bapa mereka.

Mereka kemudian mengembangkan empayar perniagaan keluarga ke sektor kewangan, termasuk membina pegangan besar dalam BCA.

Kini, BCA merupakan bank terbesar di Indonesia dari segi permodalan pasaran, dengan nilai sekitar AS$44 bilion.

Intipati
  • Empat anak Michael Bambang Hartono mewarisi saham bernilai sekurang-kurangnya AS$2.93 bilion seorang.
  • Pegangan 49% Michael dalam Dwimuria dibahagikan sama rata kepada empat warisnya.
  • Kekayaan keluarga Hartono dianggarkan AS$28.6 bilion setakat 11 Ogos 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan