Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Hektar Hutan Simpan Di Banting Terbakar

BERNAMA
empat hektar hutan simpan

Empat Hektar Hutan Simpan Di Banting Terbakar

SHAH ALAM, 3 Feb (Bernama) -- Kawasan hutan seluas kira-kira empat hektar berhampiran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kelambu, Banting dekat sini terbakar tengah hari tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hamdan Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.43 tengah hari sebelum tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera.

“Setibanya di lokasi pada 1.03 tengah hari, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan hutan simpan yang dianggar seluas 10 ekar (empat hektar),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menghantar bantuan ekskavator serta mengaktifkan telaga tiub berhampiran lokasi kebakaran.

Hamdan berkata kerja-kerja pemadaman hanya boleh dimulakan esok ekoran tiada sumber air dan akses jalan ke lokasi kebakaran.