Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Maut Dalam Nahas 11 Kenderaan Dekat Temerloh

MAUT
Kredit: Media sosial

KUANTAN, 1 Sept (Bernama) -- Empat maut dalam kemalangan melibatkan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 arah Lanchang menghala Kuantan malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 malam.

Beliau berkata kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas bagaimanapun 30 penumpang terselamat.

“Tiga individu, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita serta kanak-kanak lelaki tersepit dalam sebuah kereta, manakala seorang lagi mangsa lelaki tersepit dalam sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Pihak bomba telah membantu mengeluarkan kesemua mangsa berkenaan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 2.50 pagi tadi,” katanya.

-- BERNAMA

Intipati
  • Empat maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT 1 arah Kuantan malam tadi.
  • Kemalangan turut membabitkan sebuah bas, namun 30 penumpangnya dilaporkan terselamat.
  • Bomba mengeluarkan mangsa tersepit sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan