Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak dijangka hujan.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.
“Sementara itu, di Johor termasuk daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000