Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
"Di Terengganu, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Terengganu dan Dungun. Manakala di Pahang pula melibatkan Jerantut dan Maran.
"Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan dijangka hujan sebelah petang ini seperti Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis dan Miri).
"Bagi Sabah pula hanya melibatkan kawasan Tawau," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.