Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Indonesia Pikul Tugas Sebagai Timbalan Komander ISF Di Gaza
WASHINGTON -- Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Muslim terbesar di dunia, akan mengambil peranan sebagai timbalan komander dalam Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) yang baru ditubuhkan di Gaza, manakala Maghribi akan menyumbangkan tentera, lapor AFP.
Perkara itu diumumkan oleh Mejar Jeneral, Jasper Jeffers pada mesyuarat sulung 'Lembaga Keamanan' Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang dihadiri oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
"Saya telah menawarkan dan Indonesia telah menerima jawatan Timbalan Komander bagi ISF," katanya.
Indonesia sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menghantar sehingga 8,000 anggota tentera ke Gaza sekiranya pasukan itu dimuktamadkan. Pasukan berkenaan menyasarkan keanggotaan seramai 20,000 tentera, selain penubuhan pasukan polis baharu.
Jeffers turut mengesahkan bahawa Maghribi bersetuju menghantar tentera, sekali gus menjadi komitmen pertama oleh negara Arab. Albania, Kazakhstan dan Kosovo juga bersetuju menyertai penghantaran pasukan.