Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Sarawak.
"Di Pulau Pinang, daerah yang terlibat adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
"Manakala Perak pula seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
"Sementara di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.
"Beralih ke Sarawak kawasan yang dijangka hujan adalah Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song dan Kapit)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.