Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Negeri, Dua Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Sofea
Empat Negeri, 2 Wilayah
Kredit: Bernama

Empat Negeri, 2 Wilayah Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu akan berlaku di Perak iaitu di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor pula, ia melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi Negeri Sembilan, hanya Jelebu dan Seremban yang terlibat.

Beralih ke Sarawak, keadaan cuaca buruk turut membabitkan daerah Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.