Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Negeri, Dua Wilayah Persekutuan Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh kawasan di WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur turut diramal hujan.
“D Selangor, daerah yang diramal hujan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Sementara di Negeri Sembilan pula melibatkan Seremban dan Rembau.
“Beralih ke Sarawak, kawasan diramal hujan adalah Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang (Lawas).
“Di Sabah pula di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia