Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Cedera Dalam Kemalangan Babit Van Sekolah, Treler

Hannah
van sekolah treler
Gambar: JBPM Johor via Astro Awani

Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Cedera Dalam Kemalangan Babit Van Sekolah, Treler

JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) — Tiga kanak-kanak cedera manakala seorang pemandu van wanita tersepit dalam kemalangan melibatkan van sekolah dan lori treler membawa muatan simen berhampiran susur keluar Bandar Dato’ Onn, Leburaya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau Pegawai Bomba Kanan II KUP Muhamad Azizi Zakaria berkata 19 lagi kanak-kanak dan pemandu treler berusia 32 tahun dilaporkan selamat.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.10 tengah hari.

“Terdapat 24 mangsa dengan seorang murid lelaki dan dua murid perempuan cedera, sementara pemandu van berusia 45 tahun cedera akibat tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk rawatan.

Operasi melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 10 anggota.

BACA: Mayat Enam Sekeluarga Ditemukan Dalam Kereta Di Sungai Korok

BACA: “Allah Saja Tahu Perasaan Kami Semua Saat Ini” – Adik Mohammad Azim

BACA: Gunung Lewatobi Laki-Laki Meletus Lagi, Hembur Abu Setinggi 18KM

Sumber: BERNAMA