Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Anggota Konvoi Hashed Al-Shaabi Maut Dalam Serangan Udara Di Iraq

Kredit: Google

BAGHDAD, 4 Jan (Bernama) — Enam orang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas konvoi yang membawa beberapa komander Hashed al-Shaabi, atau Unit Mobilisasi Popular (PMU) di utara Baghdad, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Ketika serangan, konvoi itu berada di wilayah Taji, menurut stesen penyiar Al-Sumaria TV yang memetik kenyataan sumber keselamatan.

Ia berlaku sejurus selepas serangan udara Amerika Syarikat yang membunuh komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Iran, Qasem Soleimani, dan komander kanan Hashed al-Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis.

Sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu belum dikeluarkan.

Sumber: BERNAMA