Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Enam Jersi Pernah Dipakai Messi Dijual Dengan Harga Lebih RM36 Juta
Sebanyak enam helai jersi yang pernah dipakai oleh pemain bola terkemuka Argentina, Lionel Messi telah dijual dengan jumlah keseluruhan sebanyak $7.8 juta ( RM36.4 juta) dalam acara lelongan baru-baru ini.
Memetik AFP, jersi itu pernah dipakai Messi sewaktu Piala Dunia Qatar yang berlangsung pada 2022. Ia dipakai sewaktu perlawanan akhir epik antara Argentina dan Perancis, separuh akhir, suku akhir, pusingan 16 dan perlawanan peringkat kumpulan.
Menurut rumah lelong Sotheby’s, jersi yang dipakai pemain berusia 36 tahun itu mendapat tiga bidaan. Harga bagi kesemua jersi ini juga telah memecahkan rekod bagi jualan item yang berkaitan bintang Argentina itu.

Bukan itu sahaja, jersi tersebut merupakan item sukan yang paling berharga yang telah dijual dalam sesi bidaan sepanjang tahun ini bagi rumah lelong itu.
BACA: Juara Dunia Pun Manusia Biasa, Foto Messi ‘Kena’ Ambil Gambar Isteri Jadi Bualan Netizen
“Ia juga satu penghormatan kepada Sotheby’s dalam mempamerkan koleksi bernilai ini kepada orang ramai, yang telah menggambarkan kecemerlangan pemain bola sepak itu.
Untuk makluman, Messi telah membantu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia 2022.
Argentina berjaya mendapatkan kemenangan selepas menewaskan Perancis dengan mata 4-2 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir.

Perlawanan epik tersebut telah berlangsung di Stadium Lusail yang memuatkan seramai 80,000 penonton pada 18 Disember tahun lalu.
Pada awal bulan ini, majalah TIME telah menamakan Messi sebagai “Athlete of the Year” (Atlet Terbaik Untuk Tahun 2023).
Pengiktirafan ini diberikan selepas dia mempamerkan aksi yang mengagumkan selain turut menerima anugerah Ballon d’Or untuk kali kelapan.
Kini, Messi beraksi bersama Inter Miami dalam saingan Major League Soccer selepas berpindah dari Paris Saint-Germain pada Jun lalu.
BACA: Ramai Tak Sedar Paras Kolesterol Tinggi, Doktor Dedah Bahaya Menanti
Sumber: AFP