Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Enam Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di enam negeri sehingga jam 2 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata hujan lebat akan berlaku di negeri Kedah iaitu di Langkawi.
Selain itu, di Kelantan pula melibatkan daerah Gua Musang, manakala di Terengganu hanya membabitkan daerah Hulu Terengganu.
Di Pahang, hujan lebat diramal akan melanda daerah Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Rompin.
Sementara itu, di Johor pula, ia hanya melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi.
Bagi negeri Sarawak, hanya daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis dan Beluru) yang terlibat.
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atay dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.