Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Pelajar Lemas Ketika Lawatan Sekolah Di Pantai 

Nur Erizsha
enam pelajar lemas
Gambar: AI/ImageFX

Enam Pelajar Lemas Ketika Lawatan Sekolah Di Pantai

Sekurang-kurangnya enam pelajar dilaporkan maut akibat lemas, manakala 21 lagi dibawa ke hospital selepas mandi di pantai dalam satu lawatan sekolah di Mesir.

Menurut Metro UK, pasukan kecemasan segera dikerahkan ke Pantai Abu Talat di Alexandria bagi menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, enam pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, 21 orang dirawat di hospital. Manakala, tiga lagi menerima rawatan kecemasan di pantai.

Dalam pada itu, Metro UK melaporkan bahawa pihak berkuasa memaklumkan bahawa bendera merah telah dinaikkan sebagai tanda amaran.

Langkah itu diambil berikutan keadaan laut yang berbahaya dengan ombak besar serta arus kuat.

Selain itu, difahamkan bahawa pantai berkenaan juga telah ditutup kepada orang ramai, lapor Metro UK.

Kementerian Kesihatan Mesir turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi garis panduan keselamatan di kawasan pantai.

Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Penduduk Mesir, Khaled Abdel Ghaffa, berkata segala rawatan kecemasan telah disediakan sepenuhnya bagi membantu mangsa yang terlibat.

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi sebelum insiden tragis itu berlaku.

BACA: Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas 6 Hari Hanyut Di Laut

BACA: Kepala Bayi Terputus, Badan Tertinggal Dalam Perut Ibu Ketika Bersalin

BACA: Lengan Kanak-Kanak Dua Tahun Putus Tersepit Eskalator

Sumber: Metro UK