Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lengan Kanak-Kanak Dua Tahun Putus Tersepit Eskalator
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun putus sebahagian lengan kanan selepas tersepit dalam sebuah eskalator di sebuah pusat membeli-belah di bandar Yekaterinburg, Rusia, lapor The Mirror.
Difahamkan, insiden itu berlaku apabila lengan kanak-kanak berkenaan termasuk ke celah tangga bergerak sebelum tersepit pada bahagian mesin.
Menurut seorang saksi, situasi bertukar panik apabila dia mendengar jeritan sebelum orang ramai mula bergegas untuk membantu.
“Saya terdengar si ibu menjerit. Saya nampak kanak-kanak itu berdiri tanpa lengan.
“Kami kemudian membalut lukanya sementara menunggu ambulans untuk datang. Kanak-kanak itu tidak pengsan malah sedar sepannjang kejadian,” katanya.
Tambah saksi itu yang juga seorang ahli farmasi, dia memberikan ais kepada pihak ambulans untuk membawa lengan yang terputus itu.
Bagaimanapun, menurut laporan, doktor tidak dapat menyambung semula anggota berkenaan.
Menurut bapa kanak-kanak berkenaan, kejadian berlaku sewaktu ibu mangsa dilaporkan ‘hilang’ seketika pengawasan terhadap anaknya ketika menaiki eskalator bersama dua orang anaknya yang lain.
Bagaimanapun, sumber lain memberitahu, kanak-kanak itu mencangkung lalu memasukkan tangan ke dalam eskalator ketika ibunya memegang tangan mangsa.
Susulan kejadian, pihak berkuasa dari Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Rusia (ICRF) telah memulakan siasatan berhubung kejadian.
Pada 2023, seorang kanak-kanak lelaki lain turut mengalami insiden serupa apabila dua jarinya putus selepas but Wellington yang dipakai tersepit dalam eskalator.
Sumber: The Mirror