Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Iqbal Yasir
Pelajar Sekolah Menengah Agama buli
Gambar: RTM

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

KEMAMAN — Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga hujung bulan lalu, lapor RTM.

Difahamkan, tempoh reman bermula pada hari ini hingga Ahad terhadap kesemua pelajar tingkatan empat selepas dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin.

Ia bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli mengesahkan kes berkenaan sewaktu dihubungi.

Kesemua suspek yang berumur 16 tahun ditahan sekitar jam 11.30 pagi semalam selepas hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, pada 30 Julai lalu, seorang pelajar berusia 15 tahun mendakwa telah dibuli dan dipukul di dalam bilik asrama oleh kesemua suspek terbabit kira-kira jam 1.30 pagi.

Pengadu mendakwa telah mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan dalam insiden berkenaan.

Sehubungan itu, pengadu telah tampil membuat laporan polis pada 3 Ogos sebelum kesemua suspek terbabit ditahan pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: RTM

BACA: Agong Tiba Di Kazan Bagi Segmen Kedua Lawatan Negara Di Rusia