Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang lelaki di Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya selepas enam tahun perkahwinan apabila mengetahui bahawa wanita tersebut merupakan ibu tirinya suatu masa dahulu. Menurut laporan Gulf News, ayah kepada lelaki tersebut pernah mengahwini isterinya itu secara misyar 10 tahun yang lalu.
Selama enam tahun perkahwinan mereka, lelaki tersebut tidak pernah membawa isterinya itu berjumpa dengan kedua ibu bapanya.
Walau bagaimanapun, rahsia ayahnya itu terbongkar ketika dia membawa isterinya untuk berjumpa dengan keluarga lelaki tersebut.
Bapanya yang terkejut melihat menantunya itu akhirnya terpaksa menceritakan kisah sebenar yang dia pernah berkahwin dengan wanita tersebut secara misyar 10 tahun yang lalu dan telah pun bercerai.
Ekoran daripada kes ini, Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan Ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq menetapkan lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan mereka tidak sah.
Mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut. Namun begitu, anak mereka diiktiraf sebagai anak sah taraf.
Sementara itu, perkahwinan misyar adalah sejenis perkahwinan kontrak di mana beberapa tanggungajawab tidak perlu ditunaikan oleh suami di atas izin isteri seperti, memberi nafkah.
Hal ini kerana, terdapat wanita yang tetap ingin berkahwin walaupun umur sudah meningkat dan mereka merasakan lebih baik berkahwin dengan lelaki tersebut berbanding hidup membujang.
Sumber: Gulf News