Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

EPL Bakal Lancar Platform Penstriman Sendiri Musim Depan, Singapura Jadi Negara Pertama

Iqbal Yasir
EPL Bakal Lancar Platform Penstriman
Kredit: AFP

EPL Bakal Lancar Platform Penstriman Sendiri Musim Depan, Singapura Jadi Negara Pertama

Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menawarkan perkhidmatan penstriman sendiri secara terus, "Premier League Plus" kepada pengguna buat pertama kali bermula musim depan, dengan Singapura menjadi negara pertama, lapor The Straits Times.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters pada Khamis semasa persidangan Business of Football anjuran Financial Times yang berlangsung di London.

"Buat pertama kali, kami akan pergi terus kepada pengguna di Singapura. Ia adalah proses yang sangat panjang dan dipertimbangkan dengan teliti.

"Kami mempunyai perjanjian enam tahun dengan StarHub, salah satu daripada dua penyedia di sana. Jadi mulai musim depan, Premier League Plus, bukan Premflix akhirnya ia akan menjadi kenyataan," katanya.

Jelasnya, Singapura dipilih sebagai negara pertama untuk melancarkan servis tersebut adalah dengan kerjasama StarHub, pemegang hak siaran sedia ada.

Tawar 380 Perlawanan Semusim

Beliau menambah platform ini akan bermula pada Ogos (liga bermula) dan menawarkan liputan langsung semua 380 perlawanan setiap musim.

"Buat pertama kali, Premier League akan mempunyai pelanggan sendiri dan perlu mengurus promosi, harga, kadar berhenti langgan, pengedaran serta semua perkara berkaitan.

"Kami mahu membina perniagaan dan pada masa sama belajar bagaimana ia boleh diguna pakai di seluruh dunia.

"Ia memberi kami lebih banyak pilihan dan fleksibiliti," katanya.

Sekiranya Premier League Plus mendapat sambutan hangat, ia  berpotensi diluaskan di seluruh dunia.

Untuk makluman, StarHub memegang hak siaran EPL di Singapura dari 2022 hingga 2028.