Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

eTomAato Perkenal Tomato Proses Eropah Untuk Pelbagai Masakan Di Malaysia

Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion kembali untuk tahun kedua di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada pengenalan produk serta kepelbagaian penggunaan tomato proses Eropah dalam masakan tempatan dan antarabangsa.

Inisiatif yang dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah dan diterajui OI Pomodoro Centro Sud Italia, yang mewakili lebih 70 pengeluar tomato Itali itu, bertujuan meningkatkan pemahaman pengguna serta penggiat industri makanan mengenai kualiti, keselamatan makanan dan khasiat tomato proses Eropah.

Menerusi kerjasama bersama cef, demonstrasi masakan dan aktiviti pendidikan, kempen itu turut mengetengahkan penggunaan tomato proses dalam pelbagai hidangan selain menu Itali seperti pasta dan piza.

Antara aktiviti terbaharu kempen berkenaan ialah demonstrasi masakan dan sesi merasa makanan di Il Forno, Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur.

Dalam sesi itu, Cef Enzo Carbone menyediakan hidangan Risotto Carnaroli al Pomodoro, Stracciatella e Pesto di Basilico yang menggabungkan nasi Carnaroli, tomato, keju stracciatella dan pesto selasih.

Menurut Pengarah Urusan Euroconsult Sicilia, Michele Sabatino, kempen tahun ini memberi penekanan kepada aspek kualiti, piawaian keselamatan makanan, kebolehkesanan serta khasiat tomato proses Eropah.

Beliau berkata, demonstrasi masakan secara langsung turut membantu menunjukkan bagaimana bahan berkenaan boleh digabungkan dengan cita rasa tempatan, sekali gus membuka lebih banyak pilihan kepada pengusaha makanan dan pengguna di rumah.

Sejak diperkenalkan di Malaysia menerusi Food & Hospitality Malaysia 2025, kempen eTomAato telah menganjurkan beberapa aktiviti termasuk demonstrasi masakan dan sesi merasa makanan di Ben's Independent Grocer, Publika pada November 2025.

Kempen itu turut mengadakan demonstrasi masakan bersama pengimport, pengedar dan wakil restoran pada April serta Mei 2026, sebelum diperluaskan kepada pelajar kulinari di Sunway University pada Julai tahun sama.

Orang ramai berpeluang mengenali dan mencuba produk berkenaan menerusi sesi merasa makanan di Village Grocer, Desa ParkCity pada 28 dan 29 November 2026.

Demonstrasi masakan secara langsung turut dijadualkan berlangsung pada 28 November, dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang, dengan mengetengahkan kepelbagaian penggunaan tomato dalam pelbagai hidangan.

Untuk rekod, Itali merupakan pembekal kedua terbesar Malaysia bagi produk tomato yang disediakan atau diawetkan. Berdasarkan angka yang dikongsi Kedutaan Itali ketika pelancaran kempen pada 2025, import dari negara itu bernilai €1.8 juta (kira-kira RM8.9 juta) bagi tempoh Januari hingga Mei 2025, daripada jumlah keseluruhan import Malaysia sebanyak €8.58 juta (kira-kira RM42.5 juta).

Kempen yang berlangsung dari Februari 2025 hingga Januari 2027 itu meliputi Malaysia, Singapura dan Thailand, dengan matlamat mengukuhkan hubungan antara pengeluar Eropah dan industri makanan serantau.

Maklumat lanjut mengenai kempen boleh didapati menerusi laman web rasmi etomaato.eu.