Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hasrat peminat sukan permotoran untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) secara percuma mungkin mendapat perhatian apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi bayangan akan meneliti perkara tersebut bersama pemain industri media.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Ashwad Ismail berkata, usaha itu bukan hanya melibatkan RTM semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam industri penyiaran negara.
Katanya dalam satu hantaran video Instagram autoplate_division, perkara itu akan diperhalusi bagi memastikan liputan F1 dapat terus disemarakkan sekiranya perlumbaan tersebut kembali ke Malaysia.
“Saya rasa industri kita akan teliti benda ini. Dia bukan sahaja kerja seorang, dia ada kerja ramai-ramai.
“Dia bukan sahaja kerja RTM, tapi dia kerja semua industri media di Malaysia ini yang akan pastikan kita akan menyemarakkan lagi, terutamanya F1 yang bakal tiba,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RTM akan memperjuangkan hak penyiaran supaya rakyat Malaysia dapat menyaksikan perlumbaan Formula Satu secara percuma.
Menurut Ashwad, sebarang usaha berkaitan penyiaran F1 memerlukan kerjasama menyeluruh daripada pelbagai pihak dalam industri media bagi memastikan ia dapat direalisasikan.
Terdahulu, RTM telah menyiarkan siaran Piala Dunia 2026 secara percuma, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia mengikuti kejohanan bola sepak berprestij itu tanpa sebarang bayaran.
Kenyataan Ashwad itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sukan permotoran yang berharap Formula Satu turut dapat disiarkan secara percuma
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan