Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Facebook, Instagram Alami Gangguan Teknikal
Jutaan pengguna media sosial dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh mengakses aplikasi Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan Threads pada malam ini.
Difahamkan, masalah ‘crash’ itu didakwa bermula sekitar 11.30 malam hari ini dan menjejaskan penggunanya di seluruh dunia.
Menurut @ABSCBNNews, terdapat laporan bahawa pengguna telah log keluar secara automatik daripada akaun Facebook, Messenger, Instagram dan Threads mereka.
Sementara itu di platform X, tanda pagar (#) Facebook atau #facebookdown dan #instagramdown menjadi trending nombor satu di Malaysia selepas ciapan mencecah kira-kira 88,000.
Tidak ketinggalan, Meta juga trending di platform tersebut ekoran ia adalah syarikat yang memiliki Facebook dan Instagram.
Menjengah ke paltform X, rata-rata orang ramai khususnya mereka yang gemar menggunakan media sosial meluahkan keluhan kerana gagal mengakses kedua-dua aplikasi tersebut.
j