Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fahmi Ajak Rakyat Hayati "Aku Berjanji", Semarak Semangat Patriotisme

Fahmi
Kredit: Facebook Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk "Aku Berjanji".

Menerusi hantaran di laman Facebook semalam, beliau berkata lagu hasil ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cinta akan negara.

Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan Faizal di Putrajaya, dengan penyanyi berkenaan turut berkongsi perkembangan mengenai konsertnya yang dijadual pada 3 Okt depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saudara Faizal memaklumkan tentang konsert beliau yang akan berlangsung pada Oktober ini. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah," katanya.

Selain itu, Fahmi turut menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan figura kemanusiaan antarabangsa Datuk Dr Sani Araby.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Fahmi Fadzil mengajak rakyat menghayati lagu tema HKHM 2026, “Aku Berjanji”.
  • Lagu ciptaan dan dendangan Faizal Tahir itu dikatakan menyemarakkan cinta negara.
  • Faizal turut berkongsi perkembangan konsertnya pada 3 Oktober di Unifi Arena.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan