Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Faisal Halim Kelecuran Tahap Empat
Gambar: Sinar Harian

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas – Shahril

Iqbal Yasir

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas – Shahril

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama malam, semalam.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar yang turut memaklumkan pergerakan dan percakapan Faisal Halim ketika ini sedikit terjejas berikutan insiden disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, semalam.

Beliau berkata tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.

“Selepas pembedahan pertama, doktor pakar mengesan ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Berdasarkan penilaian, Faisal akan melalui sekurang-kurangnya lagi dua pembedahan yang akan ditentukan doktor. Sekarang beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi), sedang dipantau dengan rapi oleh pakar.

“Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit. Di bahagian badan dan tangan belah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakan beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

BACA: Polis Nafi Dakwaan Serangan Terhadap Akhyar, Faisal Ada Kaitan “Bookie”

Pada masa sama, Shahril berkata Faisal Halim yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ dalam kalangan peminat akan berada di bawah pemantauan rapi di hospital sekurang-kurangnya selama 10 hari.

“Kemudian mungkin menjalani rawatan susulan di hospital selama dua hingga tiga minggu. Untuk proses pemulihan itu bergantung tetapi saya rasa beliau tidak dapat beraksi minimum lima atau enam bulan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Semalam, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan dilaporkan mengalami kelecuran tahap dua.

Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Sumber: BERNAMA