Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
fam gantung pfa
Kredit: Bernama

FAM Gantung PFA Kerana Gagal Patuhi Arahan FIFA

Azizah Najib

FAM Gantung PFA Kerana Gagal Patuhi Arahan FIFA

PETALING JAYA, 4 Disember (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan untuk menggantung Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sebagai ahli gabungan badan induk itu.

Keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM tersebut menyaksikan penggantungan itu berkuat kuasa sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pengerusi Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM, N. Saaran berkata hukuman itu susulan kegagalan PFA mematuhi arahan FIFA untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut bekas Pengarah Bola Sepak PFA Matt Holland.

BACA: PSG Mahu Mo Salah Secara Percuma

FIFA mengeluarkan keputusan itu pada 4 Disember 2019.

“Aduan telah dibuat oleh Holland selepas PFA gagal menjelaskan bayaran tersebut dan FIFA, menerusi surat bertarikh 11 Nov 2024, telah membuat keputusan terbaharu dengan PFA diarahkan membayar sebanyak RM998,658 kepada Holland dan denda sebanyak CHF15,000 (kira-kira RM75,654.83),” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari.

Pada masa sama, Saaran berkata FAM yang telah dinamakan sebagai responden kedua turut dikenakan denda sebanyak CHF5,000 (kira-kira RM25,216.06) kerana gagal memastikan PFA mematuhi keputusan FIFA.

Beliau berkata sekiranya tiada pembayaran dibuat PFA, FAM berdepan tindakan lanjut oleh FIFA antaranya sekatan terhadap peruntukan kewangan sebanyak 20% daripada Program FIFA Forward (yang merupakan geran pembangunan daripada FIFA) sehingga selesai bayaran tersebut.

BACA: Khabib Gym Bakal Dibuka Di Johor – Onn Hafiz

Justeru, beliau berkata penggantungan PFA dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM.

“Penggantungan ini dibuat bagi mengelak FAM dikenakan tindakan lanjut oleh FIFA termasuk FAM perlu membayar semua bayaran yang harus dibayar oleh PFA dan sehingga boleh menyebabkan FAM dipertanggungjawabkan untuk kesemua hutang tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Saaran berkata mesyuarat berkenaan turut membincangkan aduan tatacara pengendalian Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif persatuan itu bagi sesi 2024-2028 yang didakwa tidak dijalankan dengan betul.

“Maka Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM pada 2 Dis 2024 mengarahkan kedua-dua pihak untuk memberikan bukti bagi mengesahkan bahawa aduan yang diterima itu adalah sah dan jawatankuasa berkenaan juga sudah membuat keputusan bahawa aduan itu adalah sah.

“Justeru, Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM memutuskan untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes berkenaan pada 19 Disember 2024 untuk KAFA menghantar pembelaan dan penjelasan berkaitan aduan tersebut,” katanya.

BACA: FIFA Umum Senarai Finalis Bagi Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2024

Sumber: Bernama