Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Fasa 1B Pan Borneo Sabah siap September 2028
Gambar: BERNAMA

Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Dijangka Siap September 2028

Hannah

Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Dijangka Siap September 2028

KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) — Fasa 1B Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dijangka siap pada September 2028 dalam usaha menyediakan infrastuktur jalan raya lebih baik untuk rakyat negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu hari ini.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata Fasa 1 projek berkenaan terbahagi kepada Fasa 1A yang dijangka siap Oktober 2026 dan Fasa 1B, dengan keseluruhan Fasa 1 itu melibatkan 35 pakej bagi pembinaan jalan raya sepanjang 706 kilometer (km).

Menteri Kerja Raya negeri itu berkata menerusi Fasa 1 sebanyak empat pakej kerja telah disiapkan, 28 pakej kerja sedang dalam pembinaan, dua pakej kerja dalam peringkat memuktamad perolehan manakala satu pakej kerja dalam peringkat pengeluaran surat setuju terima.

“Fasa 2 melibatkan jajaran Tamparuli-Ranau dengan anggaran jarak sekitar 98 km dan Fasa 3 jajaran Kimanis-Keningau-Kalabakan-Tawau dengan jarak sekitar 432 km masih di peringkat perancangan.

“Pelaksanaannya bergantung kepada kelulusan dan keupayaan kewangan kerajaan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) berkaitan perkembangan terbaharu dan status terkini pembinaan lebuh raya itu.

BACA: KPM Siasat Pelajar Thailand Rentas Sungai Golok Bersekolah Di Malaysia

Menjawab soalan tambahan Yong mengenai langkah pengambilan tanah projek terbabit, Shahelmey berkata kos keseluruhan pengambilan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1 melibatkan RM2.53 bilion, iaitu RM1.32 bilion melibatkan Fasa 1A dan RM1.21 bilion bagi Fasa 1B.

Beliau berkata pembayaran pampasan tanah kepada pemilik tanah diselesaikan melalui tatacara yang ditetapkan Jabatan Tanah dan Ukur termasuk pewartaan, penilaian, pemberian tawaran, penerimaan tawaran daripada pemilik tanah dan seterusnya proses pembayaran.

“Berdasarkan daripada pengalaman dalam pelaksanaan pakej kerja Fasa 1A, apabila Surat Setuju Terima baru-baru ini dikeluarkan kepada pakej kerja Fasa 1B, Kementerian Kerja Raya negeri, Jabatan Kerja Raya Sabah dan Kementerian Kerja Raya membentuk satu Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo,” katanya.

Satu daripada cabaran besar dalam projek Lebuhraya Pan Borneo, katanya adalah pengambilan tanah terutamanya di bawah hak milik adat.

Shahelmey berkata tanah dimiliki oleh indvidu atau komuniti berdasarkan hak adat (NCR) memerlukan proses yang lebih panjang kerana ia memerlukan kelulusan daripada pemilik tanah serta persetujuan secara perundangan.

“Selain daripada itu, kekurangan sumber manusia atau tenaga kerja di pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah dari sudut membuat penilaian juga menyumbang kepada kelewatan proses penilaian dan pengambilan tanah,” katanya.

BACA: Hanya 4 Barangan Segar Catat Kenaikan Harga 10 Peratus

BACA: Arif Aiman & Tommy Mawat Digantung Tiga Perlawanan

Sumber: BERNAMA