Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fasa Peralihan Monsun Bermula 9 Oktober - MetMalaysia

monsun
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) -- Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 9 Okt ini dan berterusan hingga penghujung Oktober, menandakan berakhirnya musim Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata semasa fasa berkenaan, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir.

“Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh singkat, terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya.

Beliau berkata dengan berakhirnya musim Monsun Barat Daya, kesan jerebu rentas sempadan dari negara jiran dijangka beransur-ansur berkurangan berikutan perubahan arah pergerakan angin.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan serta sentiasa peka terhadap ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Fasa peralihan monsun dijangka bermula 9 Oktober dan berterusan hingga penghujung Oktober.
  • Angin lemah pelbagai arah boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir di negara ini.
  • MetMalaysia menasihatkan orang ramai memantau ramalan dan amaran cuaca melalui saluran rasmi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan