Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nurfazura kini telah menimang cahaya mata mereka yang pertama.
Berdasarkan perkongsian Fattah, bayi perempuan mereka telah selamat dilahirkan hari ini bersamaan 14 Safar 1442 Hijrah.
Mereka sempat mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang setia mendoakan mereka bertiga selama ini.
Pun begitu, mereka tidak mahu mendedahkan nama dan wajah cahaya mata mereka melainkan sehingga usianya melepasi tujuh hari.
Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.
Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan.
Salam sayang dari kami bertiga.