Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

FGV Rasmi Keluar Dari Bursa Malaysia Bermula Hari Ini

fgv keluar bursa malaysia
Gambar: Bernama

FGV Rasmi Keluar Dari Bursa Malaysia Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR — FGV Holdings Berhad (FGV) secara rasmi keluar daripada senarai saham di Pasaran Utama Bursa Malaysia, bermula hari ini.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) itu berkata, langkah ini menandakan permulaan langkah strategik baharu bagi FGV dalam memperkukuh peranan sebagai syarikat agri-perniagaan berdaya saing dan syarikat makanan terkemuka di Malaysia.

Selain itu, langkah ini juga bagi menyepadukan hala tuju bersama pemegang saham utama syarikat berkenaan.

“FGV kekal komited dalam memberi nilai tambah terhadap pemegang taruh, melaksanakan amalan perniagaan bertanggungjawab dan berintegriti, memperkasa agenda kelestarian serta terus menyumbang untuk kemajuan dan pembangunan negara,” maklum kenyataan itu hari ini.

Sumber: FGV Holdings Berhad