Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Filem Korea, Parasite Jadi Filem Bukan Inggeris Pertama Menang Anugerah Oscar

Kredit: Google

Filem popular “Parasite” menjadi filem Korea pertama memenangi anugerah Oscar untuk kategori lakon layar terbaik pada tahun ini.

Anugerah ini sekaligus menjadikannya filem bukan bahasa Inggeris pertama memenangi anugerah kategori berkenaan sejak kemenangan “Talk to Her” dari Sepanyol hasil tulisan Pedro Almodovar pada 2002.

Filem karya bersama Bong Joon-ho dan rakannya Han Jin-won itu dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Akademi ke-92 yang berlangsung semalam di Dolby Thethre, Los Angeles.

“Parasite” menewaskan “Knives Out” arahan Rian Johnson, “Marriage Story” (Noah Baumbach), “1917” (Sam Mendes) dan “Once Upon a Time in Hollywood” (Quentin Tarantino).

Filem ini turut tercalon dalam 5 kategori lain antaranya filem terbaik, pengarah terbaik, skrip terbaik dan penyuntingan terbaik.

Kemenangan bersejarah

Kemenangan ini menjadi sejarah baru buat filem Asia di persada dunia.

Para peminat seluruh dunia membanjiri laman Twitter menyuarakan kegembiraan atas anugerah berkenaan.

“Terima kasih Bong Joon-Ho membuatkan kami berani bercita-cita besar”

Rupa seindah khabar

“Jika anda belum menontonnya, ia sememangnya serupa dengan apa yang digembar-gemburkan.”

Sumber: Bernama, Twitter