Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

First Pride Jalin Kolaborasi Jenama Pertama Bersama Big Boss HSP

KOLABORASI

First Pride Jalin Kolaborasi Jenama Pertama Bersama Big Boss HSP

Kevin dan geng kini melangkah lebih jauh! First Pride, jenama nuget ayam No. 1 Malaysia, meraikan kolaborasi jenama pertamanya dengan Big Boss HSP, restoran tempatan yang membawakan Hot Snack Pack (HSP) ikonik dari Australia kepada peminat di Malaysia.

Kedua-dua jenama dengan bangganya mempersembahkan Together Lagi Best, menu kolaborasi edisi terhad yang diilhamkan untuk memuaskan selera dan menyemarakkan sesi lepak lewat malam anda!

Budaya snek bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga merupakan ajakan mesra untuk ‘jom lepak’ bersama, sama ada sesi makan lewat malam selepas keluar bersama rakan-rakan atau makan beramai-ramai di hadapan skrin TV. Lebih-lebih lagi ketika ‘demam’ bola sepak melanda negara, keinginan untuk bersnek pastinya bertambah.

Jadi, siapa lagi yang lebih sesuai memeriahkan musim ini kalau bukan dua jenama yang sememangnya pakar dalam budaya snek? Gabungan rangkaian produk rangup daripada First Pride bersama hidangan HSP daripada Big Boss HSP sememangnya padanan yang cukup sempurna!

“Detik ini cukup bermakna buat kami kerana ia adalah kolaborasi jenama pertama First Pride. Kami tahu ia harus dilakukan bersama rakan yang benar-benar memahami budaya snek seperti kami,” kata Pengarah Pemasaran Tyson Foods Malaysia, Freddie Wong.

“Di First Pride, kami percaya Fun Comes First, dan tiada yang lebih menyeronokkan daripada berkongsi makanan enak bersama orang tersayang. Semangat itulah yang diserlahkan melalui kempen Together Lagi Best.”

Jadi, apa yang menanti di atas meja? Tiga hidangan istimewa yang dicipta bersama, masing-masing menampilkan produk kegemaran First Pride dan diberi sentuhan unik ala Big Boss HSP.

RM14.90 (Kecil) / RM24.90 (Besar)

First Pride Crispy Chicken Katsu bersama kentang goreng keemasan, disaluti sos Korea pedas dengan sentuhan segar yuzu serta dilengkapkan dengan keju mozzarella cair.

RM43.90

First Pride Salted Egg Tempura Nuggets dan Crispy Golden Fried Chicken (Hot & Spicy), dihidangkan bersama kentang goreng lurus, onion rings serta Signature Garlic Sauce.

RM13.50

First Pride Tempura Chicken Strips bersama tomato, daun ketumbar dan bawang, dibalut dengan sos bawang putih kari Jepun yang lazat.

Segala yang terbaik sering hadir secara berpasangan. Pelanggan yang memesan mana-mana dua item daripada menu kolaborasi ini akan menerima rantai kunci akrilik First Pride x Big Boss HSP edisi terhad secara percuma, eksklusif di restoran. Terhad kepada satu unit bagi setiap transaksi, selagi stok masih ada, jadi jangan tunggu terlalu lama!

Rantai kunci akrilik kolaborasi edisi terhad

“Di meja kami, pasti ada makanan enak untuk dinikmati bersama orang tersayang,” kata Pengasas Bersama Big Boss HSP, Ivan Lim. “Apabila sajian rangup First Pride ditambah ke dalam gabungan ini, setiap sesi bersnek pasti jadi lagi best.”

Menu Together Lagi Best boleh didapati untuk tempoh terhad sahaja, dari 3 Julai hingga 31 Julai 2026, di semua lima cawangan Big Boss HSP:

• SS15, Subang Jaya

• Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur

• TTDI, Kuala Lumpur

• Bukit Jelutong

• Jalan Pekan, Ampang

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman media sosial rasmi First Pride Malaysia di Instagram dan Facebook serta Big Boss HSP di Instagram.