Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Fitri dipecat FAM
Gambar: BERNAMA

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM

Hannah

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah dalam aksi Piala MFL 2024/2025 antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC, Khamis lepas.

Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram berkata keputusan yang pertama kali dibuat itu diambil selepas perbincangan mendalam bersama kepimpinan tertinggi badan induk berkenaan.

“Walaupun keputusan tegas ini dibuat dengan hati yang berat, ia perlu dijadikan pengajaran kepada semua pengadil.

“Keputusan memecat pengadil adalah tindakan pertama seumpamanya kerana sebelum ini, pengadil hanya digantung tugas. Ini satu isyarat jelas supaya pengadil lebih serius ketika menjalankan tanggungjawab di atas padang,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Katanya berdasarkan laporan Penilai Pengadil, Fitri menunjukkan prestasi yang sangat lemah, sekali gus mempengaruhi keputusan perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

BACA: RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam Dijangka Diwartakan Sebelum Akhir Tahun – KSN

Sivasundaram berkata Unit Pengadil FAM turut membuat analisis perlawanan dan mendapati keputusan sepakan penalti yang diberikan oleh Fitri dalam perlawanan itu kurang tepat.

“Hasil analisis juga menunjukkan tambahan masa 15 minit yang diberikan pada akhir perlawanan adalah keterlaluan, menyebabkan perlawanan yang sepatutnya berkesudahan seri berakhir dengan keputusan berbeza.

“Ini jelas membuktikan bahawa keputusan pengadil telah mempengaruhi serta memberi impak ketara terhadap keputusan akhir perlawanan,” katanya.

Sebagai rekod, dalam perlawanan liga Bawah 23 Tahun (B-23) itu, Selangor menang 2-1.

BACA: Kes Bunuh Peniaga Wanita: Polis Tahan Pekerja Pajak Gadai Untuk Bantu Siasatan

BACA: Permohonan Untuk Tukar PDL Kepada CDL Boleh Dibuat Menerusi Aplikasi MyJPJ Bermula Esok

Sumber: BERNAMA