Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gadis Hilang Jari Kaki ‘Dikunyah’ Piranha & 30 Pengunjung Lain Cedera Dalam Serangan ‘Ngeri’ Di Sungai

Gambar Hiasan (Kiri): via The Mirror/ Gambar: via Daily Mail

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan selepas jari kakinya ‘dimamah’ oleh ikan piranha tersebut, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun telah hilang sebahagian jarinya, lapor The Sun.

Menurut laporan, kira-kira 30 pengunjung yang lain turut tercedera akibat serangan serentak ikan piranha yang berlaku secara mengejut di Sungai Parana Santa Fem, Argentina.

Beberapa orang pengunjung yang berenang di kawasan itu dilaporkan mengalami luka yang begitu dalam pada bahagian buku lali, jari dan tangan mereka.

Gambar: via Daily Mail
Gambar: via Daily Mail

Namun arahan itu dikatakan tidak sampai berikutan jumlah pengunjung yang begitu ramai pada waktu itu.

Anggota penyelamat yang bertugas pada petang Ahad hari kejadian itu, dilaporkan bergegas untuk membantu pengunjung yang tercedera tetapi pada masa yang sama pengunjung lain telah diserang oleh ikan piranha tersebut.

Gambar: via Daily Mail

Sumber: The Sun